Membuat lawatan tapak ke Sekolah SMK Tagasan tempat di mana saya bertugas selaku Penolong Kanan Petang




Pagi tadi mencemar duli. Membuat lawatan tapak ke Sekolah SMK Tagasan tempat di mana saya bertugas selaku Penolong Kanan Petang. Urusan penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan kepada pelajar-pelajar perlu dikendali dan dikawal selia sepenuhnya mengikut SOP. Ini bertujuan agar tidak timbul masalah.

Ibu bapa atau pelajar dibenarkan datang untuk mengambil wang bantuan tersebut di mana patut. Tak kurang dari 500 ibubapa dan pelajar bersilih ganti datang untuk berurusan dengan pihak sekolah. Pengurusan sekolah telah merancang awal masa pemberian yang mana dijadualkan oleh pihak PPD perlu selesai dalam minggu ini. Pihak pentadbir memilih Hari Jumaat sebagai Hari
terbaik
kerana pada Hari tersebut tiada kertas peperiksaan SPM/STPM dijalankan. Oleh itu kesibukan dan huruhari huruhara berkejar berbaris berbual dan sebagainya tidak menjadi LARANGAN.
Selaku pentadbir kanan, ZUBIR OSMAN bersama
Arif Sidi
,
Abdul Ham Hj Okasa
,
Rozanah Madsarapi
serta
Amir Kassan Attan
bagi mewakili tuan pengetua Puan Hjh
Gambalidah Jahiri
berserta semua guru dan warga SMKTS berusaha seupaya mungkin membantu memuluskan urusan penyerahan wang Bantuan Awal Persekolahan diberi secara sistimatik dan lancar. Masa ditetapkan 10.00 hingga 11.30. Alhamdulillah Urusan berjalan lancar. Sisa wang yang belum tertunai diberi kepada pelajar akan dibawa ke hadapan semasa Hari buka Sekolah yang dijadualkan pada 05 April 2021.
Kami KAOEM GOEROE tetap berusaha dan harus mampu bertindakbalas dengan bersih, cekap dan amanah untuk merealisasikan visi dan misi Sekolah di samping mengimplementasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Insyallah pada 05 April 2021 KAOEM GOEROE akan kembali beraksi mengajar dan mendidik pelajar secara bersemuka dan Hari ini adalah hari memanaskan suasana yang hampir 1 tahun tidak dinikmati.
TIBA-TIBA RINDU mahu mengajar kembali di papan putih dengan Marker Pen dan memegang rotan untuk menakutkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 di sidang Pattang!
Cikgu Zubir Bin Osman
Penolong Kanan petang
SMK Tagasan, Semporna.
Membuat lawatan tapak ke Sekolah SMK Tagasan tempat di mana saya bertugas selaku Penolong Kanan Petang  Membuat lawatan tapak ke Sekolah SMK Tagasan tempat di mana saya bertugas selaku Penolong Kanan Petang Reviewed by Admin on Mac 26, 2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.