Guru Kutuk Murid OKU & Tersalah Hantar Mesej Dalam Grup Kelas, Bapa Luah Kecewa


 Bagi seorang guru yang bertugas mendidik anak-anak murid di bawah kategori Pendidikan Khas, umum

sedia maklum ia memerlukan tahap kesabaran tinggi. Namun bagi seorang bapa bernama Fezan Ray ini,

dia tidak menyangka seorang pendidik di sebuah sekolah di Tuaran, Sabah tergamak bercakap buruk

tentang anaknya.



Anak bongkok…Tak lama keluar sudah dari

kelas 1 Jade..Bagus

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Encik Fezan meluahkan rasa terkilan apabila mendapati anaknya

yang OKU (autistik) seakan dipandang serong oleh guru kelasnya. Cikgu perempuan berkenaan

dipercayai mengutuk murid darjah 1 tersebut bersama guru-guru lain.

Laju je delete mesej, nasib sempat screenshot

Namun entah bagaimana, dia tersalah hantar mesej negatif terbabit ke grup WhatsApp kelas 1 Jade yang

turut ada ibu bapa penjaga di dalamnya. Sebelum ia dipadamkan, Encik Fezan bagaimanapun sempat

menyimpan tangkap layar 5 kandungan mesej berkenaan.

Selain kata-kata berunsur mengutuk, dakwaan bahawa dia akan menyakiti murid baru yang bakal masuk



ke kelas 1 Jade juga turut menimbulkan kegusaran.


Anak saya OKU…Perlu urus itu ini, semua kena

sedia…Pasal tu dia tak sabar anak saya keluar



Jelas Encik Fezan, dia percaya guru berkenaan bersikap sebegitu kerana perlu menguruskan anaknya

yang berkebutuan khas. Justeru, pihaknya sudah memfailkan laporan kepada pihak berautoriti dan

berharap tindakan wajar diambil bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Guru Kutuk Murid OKU & Tersalah Hantar Mesej Dalam Grup Kelas, Bapa Luah Kecewa Guru Kutuk Murid OKU & Tersalah Hantar Mesej Dalam Grup Kelas, Bapa Luah Kecewa Reviewed by Admin on Januari 06, 2024 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.