Lempang Muka Lelaki Lepas Beg Tersenggol Tangan, Gadis Beri Penjelasan Penuh

 


Sedang santai berborak dengan kenalan di sebuah kafe, seorang lelaki terkejut wajahnya tiba-tiba

dilempang oleh gadis muda yang baru melangkah masuk ke situ. Sejak dikongsikan 3 hari lalu, rakaman

yang tular menerusi TikTok @andyka umar syam manopo ini telah meraih lebih 9 juta tontonan sekaligus

mengundang kecaman netizen.



Begnya yang salah atau tengah sensitif kak? Ya

sudah, kami yang salah

Awalnya, 2 perempuan dilihat sedang menuju ke dalam kafe sebelum beg salah seorang daripada

mereka tersenggol tangan lelaki itu yang sedang direhatkan di sisi kerusi. Tidak semena-mena, gadis

berkenaan memberikan refleksi yang cukup drastik. Lelaki baju biru itu hanya mampu terkedu tatkala

berdepan situasi terbabit.


Di sini aku menyatakan tiada niat atau sengaja

mahu menampar abang itu

Selepas video itu viral, gadis bernama Mira itu akhirnya tampil menjelaskan apa yang terjadi. Katanya,

tindakan yang dilakukan terhadap lelaki tersebut adalah secara spontan dan langsung tidak

disengajakan. Namun di satu sudut lain, dia turut mempertikaikan mengapa lelaki berkenaan meletakkan

tangannya dalam posisi sebegitu rupa.

“Tapi di sini, juga sama-sama salah. Abang tu salah, saya juga

salah. Kenapa mesti tangannya ke belakang sangat? Tempat

begitu ramai orang”


Saya sudah minta maaf dengan abang tersebut

Walau bagaimanapun, Mira mengakui silapnya yang agak terburu-buru ‘angkat tangan’ tanpa berbicara

terlebih dahulu dengan individu berkenaan. Klarifikasi ini dibuat setelah Mira mendapat pelbagai

pertanyaan dan desakan daripada netizen khususnya di TikTok dan Instagram. Namun jelasnya, isu

antara dia dan lelaki itu sudah pun diselesaikan secara baik.kafe



KREDIT : TikTok almirah377 & dyka_

Lempang Muka Lelaki Lepas Beg Tersenggol Tangan, Gadis Beri Penjelasan Penuh Lempang Muka Lelaki Lepas Beg Tersenggol Tangan, Gadis Beri Penjelasan Penuh Reviewed by Admin on Januari 06, 2024 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.