Makanan masih tergantung di pagar, rupanya sudah meninggal dunia

  





PETALING JAYA: Bekalan makanan tidak diusik dan masih tergantung di pagar menjadi petunjuk penemuan mayat seorang lelaki di rumahnya di Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Penemuan mayat lelaki berusia 56 tahun yang juga duda anak dua itu disedari anggota Community Responds Squad Movement (CRSM) yang kemudian menghubungi polis pada 1.10 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzli Abu Shah, berkata anggota bomba terpaksa dipanggil untuk memecah kunci pagar dan pintu rumah berkenaan.

Menurutnya, mayat ditemui dalam keadaan terlentang di hadapan pintu bilik.

Katanya, petugas CMRS yang menghantar makanan ke rumahnya hari ini menyedari sesuatu tidak kena selepas melihat makanan masih digantung di pagar sejak dihantar, semalam.

“Petugas hairan kerana makanan yang digantung di pagar semalam masih tidak diusik dan dia yang mengesyaki kemungkinan ada perkara buruk lalu menghubungi polis.

“Hasil keterangan awal petugas itu memberitahu yang mangsa ada berbual dan mengambil bekalan makanan dihantar selain tidak menunjukkan dia menghidapi sebarang penyakit,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, jiran juga mendakwa mangsa melakukan pelbagai pekerjaan sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan tinggal di rumah itu seorang diri selepas bercerai selain mengharapkan bantuan makanan diberikan orang ramai.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu meninggal dunia melebihi 24 jam dan lokasi terbabit sudah disanitasi.

“Ujian Covid-19 juga akan dilakukan sebelum proses bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Makanan masih tergantung di pagar, rupanya sudah meninggal dunia Makanan masih tergantung di pagar, rupanya sudah meninggal dunia Reviewed by Admin on Januari 06, 2024 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.