setiap apa yang berlaku kepada kita sebaiknya adalah perancangan Allah S.W.T... begitu lah yang terjadi kepada atlet......


setiap apa yang berlaku kepada kita sebaiknya adalah perancangan Allah S.W.T... begitu lah yang terjadi kepada atlet paralimpik kita, Encik Ahmad Ajin bin Bagudan... 

28 september 2017 dahulu, encik Ahmad Ajin mengalami kemalangan ditempat kerja dalam bidang mekanik kenderaan berantai (jentera berat). malang seribu kali malang, semasa cuba membuka bahagian enjin jentera tersebut, mengakibatkan alat pembuka yang digunakan pecah dan terkena pada mata kanan beliau.. 

"menurut saksi ditempat kejadian, beliau dan seorang lagi rakan nya sedang giat melakukan kerja-kerja pembukaan dibahagian enjin jentera tersebut dan alat yang mereka gunakan adalah secara manual dan mengakibatkan alat pembuka yang digunakan tergelongsor sehingga menyebabkan alat itu pecah." 

walaupun begitu.. beliau tidak pernah berputus asa untuk meneruskan kehidupan dan malahan berjaya sama seperti insan yang lain.. kini dikabarkan beliau akan menyertain sukan SEA di Indonesia pada pertengahan tahun ini... 


Penyampaian cek FHUK dengan taksiran 40% kepada OB Ahmad Ajin Bin Bagudan telah disempurnakan oleh Puan Hjh Mariam Binti Hj.Hasan pada 29 Ogos 2018 sekitar jam 9:44 pagi. OB telah mengalami kemalangan pada 28 September 2017 yang lalu dan menyebabkan hilang penglihatan mata sebelah kanan. Walaupun kini OB disahkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) tetapi itu tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan kehidupan dan malahan berjaya seperti insan yang lain. Susulan lawatan pengurus pejabat bersama Pengurus Kes pada 16 Ogos 2018 yang lalu, OB didapati telah mendaftarkan diri di Komplek Penyayang Taman Cahaya Sandakan yang merupakan Pusat Latihan Kemahiran Bagi Orang Buta untuk belajar tulisan dan bacaan Braille, kraftangan dan lain-lain lagi untuk persediaan menghadapi dunia luar yang mencabar. Bukan itu sahaja, OB juga berjaya terpilih sebagai atlet paralimpik yang akan mewakili Sabah dalam kejohanan SUKMA dalam acara merejam lembing yg akan diadakan pada bulan Oktober 2018 di Ipoh Perak. Seluruh Warga kerja PERKESO Sandakan sentiasa mendoakan kejayaan Encik Ahmad Ajin Bin Bagudan .
setiap apa yang berlaku kepada kita sebaiknya adalah perancangan Allah S.W.T... begitu lah yang terjadi kepada atlet...... setiap apa yang berlaku kepada kita sebaiknya adalah perancangan Allah S.W.T... begitu lah yang terjadi kepada atlet...... Reviewed by Pekerjaan kosong seluruh malaysia on Mei 03, 2022 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.