Letupan tong gas NIBONG TEBAL: Tiada unsur jenayah setakat ini - Polis

 

Letupan tong gas: Tiada unsur jenayah setakat ini - Polis
Kebocoran gas memasak daripada salah sebuah rumah menjadi punca kejadian.




NIBONG TEBAL: Polis mengesahkan tiada elemen atau unsur jenayah dalam insiden letupan gas di Taman Cenderawasih di Jawi, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Lee Chong Chern berkata, pemeriksaan Forensik dan juga Unit Pemusnah Bom (UPB) tidak menemui bahan letupan di lokasi kejadian.
Beliau berkata, siasatan setakat ini mendapati letupan berlaku berpunca daripada tong gas memasak di rumah tersebut namun pihak polis masih menunggu keputusan dari pihak bomba berhubung kejadian yang mencederakan lima sekeluarga itu.
“Siasatan Forensik PDRM tidak menemui sebarang unsur jenayah, dan unit UPB juga tidak menemui kewujudan bahan letupan di situ.
"Pihak polis juga belum menerima keputusan dari forensik bomba, namun insiden dipercayai berlaku akibat letupan tong gas,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Chong Chern berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak terlibat membuat siasatan.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam Ahad, lima cedera termasuk seorang parah dalam kejadian letupan dipercayai berpunca daripada letupan gas memasak.
Kejadian berlaku ketika mangsa baharu pulang ke rumah dan letupan berlaku semasa mangsa membuka pintu rumah.
Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Kejadian itu juga turut menyebabkan empat buah rumah mengalami kerosakan.
Letupan tong gas NIBONG TEBAL: Tiada unsur jenayah setakat ini - Polis Letupan tong gas NIBONG TEBAL: Tiada unsur jenayah setakat ini - Polis Reviewed by Pekerjaan kosong seluruh malaysia on Mei 10, 2022 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.