Semua Duit Saya Dah Dalam Tank Motor. Apa Tindakan Pegawai JPJ Ini Selepas Itu Sangat Mengejutkan

 


Tiba-tiba basah pipi teringat nikmat Allah. Semasa saya diuji dengan kesusahan. Air mata saya mengalir cari duit nak beli susu anak. Isteri kata, takper abang. Abangkan selalu pesan, kitakan ada Allah.

Allah tak pernah biar atau tinggalkan kita. Teruskan usaha dan minta pada Allah. Allah akan buka jalan dari punca yang tak disangka..

Pernah balik dari satu tempat singgah sebuah kedai makan. Bila masuk buka-buka menu harganya kami tak mampu. Terus pegang tangan isteri dan terus keluar dengan segan-segan. Isteri masuk kereta doa, ya Allah ya Rahman takper kami tak mampu nak makan di sini. Tapi ya Allah jadikanlah kesusahan ini asbab hidayah buat orang yang kami sayang. Serta berilah kami dapat makan bersama Nabi saw yang kami cintai dalam syurga..

Pernah kami hari raya aidilfitri tak pergi ke mana-mana melainkan pergi rumah dekat-dekat sebab tiada duit nak isi minyak. Ada duit sikit kira-kira beri ibubapa dan ibubapa mertua sahaja.

Tapi isteri saya senyum sahaja dan kata, abang bekerja keras dan rajin. Allah tak tengok hasil. Tapi Allah tengok usaha. Allah suka orang yang berusaha…

Pernah bawa anak-anak pergi ke tempat permainan. Tengok-tengok tempat main mahal mahal pula nak bayar. Kira duit tak cukup. Tempat makan pun mahal. Isteri kata pada anak, ummi bawa pergi sini sebab nak tunjuk dalam syurga nanti boleh main lebih dari yang ini.

Hari ini kita try satu sahaja yer permainan ini. Nanti sambung dalam syurga yer. Anak kata, nanti kita main dalam syurga yer ummi..ayah, umi sama-sama main yer. Air mata saya mengalir..

“Maafkan Saya Cik, Semua Duit Saya Dah Dalam Tank Motor” – Tindakan Anggota JPJ Selepas Itu Memang Tak Diduga

Pernah sekali naik motor. Saya tiada lesen lagi tiada duit nak ambil lesen pun. Kena tahan JPJ. Polis suruh tinggalkan motor kerana tiada lesen. Katanya boleh balik kampung naik bas. Naik taxi dari sini ke stesen bas. Saya jawab dengan sedih maafkan saya encik, semua duit saya dah dalam tank motor.

Dia biarkan saya lama di situ. Setelah 2 jam kerana dia tengok saya duduk sahaja di situ. Dia bagi motor dan suruh saya balik walaupun kena saman. Isteri saya kata, takper abang. Semua pengalaman ini mengajar kita erti kehidupan. Supaya kita belajar sayang orang susah. Suka tolong orang kalau mereka susah. Pandang semua orang dengan sayang.

Pernah saya menangis kerana lemah semangat. Isteri saya peluk saya dan kata,

saya kahwin dengan abang kerana saya sayang abang kerana Allah. Saya cuma ingin abang bawa saya masuk syurga. Sebenarnya kita kaya.

Kita ada tangan dan kaki. Ribu orang diuji tiada tangan dan kaki. Ribuan orang diuji dengan pekak bisu. Ribuan orang diuji dengan buta. Membesarkan anak tanpa melihat wajah anak. Ribuan orang kayuh basikal dengan tangan kerana tiada kaki untuk sara keluarga Ribuan orang miskin minta sedekah dengan bawa jasad ahli keluarga yang nazak ditepi jalan.

Kita terlalu kaya kerana memiliki semuanya sempurna. Cuma kurang sikit makan. Kurang sempurna pakaian. Adakah kita nak mengeluh abang?

Paling berharga dia beri kita Islam…itulah segalanya..Terima kasih Allah yang beri segalanya. Sentiasa memberi isteri yang tabah dan mulutnya manis saat diuji dengan kesusahan. Ya Allah terima kasih atas seluruh hidupku dan segala-gala nikmat dan mengeluarkan diriku dari kesempitan hidup.

Seluruh hidup dan matiku untukMu Tuhanku. Yang tak pernah berhenti memberi nikmat dan buat baik padaku. Ya Allah, maafkanlah diriku yang teramat hina dan berdosa ini

Bila takdir berbicara, lidah kelu tidak terkata. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA penuh hikmah. Bila hati tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yang telah cantik di susun -NYA.

Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA disetiap langkah

Kita sering mendengan pelagai keluhan dan kita sendiri juga mengeluh.

“Bising betullah mesin ni. Cubalah senyap sikit.”

“Penat je beli baju ni bulan lepas. Dah tak muat.”

Ada sahaja yang kurang bagi kita. Ada sahaja yang kita nak rungutkan. Tidak pernah cukup dengan apa yang kita ada. Lumrah manusia, merungut dah tidak berpuas hati dengan apa yang diperolehi.

Mari kita sama-sama cuba fikirkan apa yang terjadi dan apa yang ada pada kita.

Kita merungut dengar bunyi bising hari-hari,memang geram,sakit hati. Itu sebenarnya menandakan kita masih lagi mampu mendengar.

Kita merungut pakaian yang kita pakai sudah ketat,kecik,tak muat. tapi tidakkah kita bersyukur, baju tu dah tak muat kerana kita sebenranya cukup makan. Allah bagi rezeki melimpah ruah.

Kita merungut untuk rumah yang kita kena bersihkan,mop lantai,lap tingkap,sapu rumah dan sebagainya hari-hari. Tapi bersyukurlah kerana itu menandakan kita masih lagi mempunyai tempat tinggal untuk berlindung dari hujandan panas.

Kita mengeluh otot-otot kita kejang, kita sakit-sakit badan buat kerja hari-hari. Tetapi, itu sebenarnya menandakan kita masih mempunyai kudrat untuk berkerja kuat mencari rezeki.

Kita merungut untuk keletah anak-anak yang tidak menetu dirumah. Kadang-kadang kita rimas. Tetapi besyukurlah, sekurang-kurangnya mereka berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

Kita mengeluh kerana tempat letak kereta ke lif yang mungkin agak jauh.tetapi sebenarnya kita perlu bersyukur kerana diberi nikmat masih mampu berjalan.

Kita mengeluh untuk timbunan pinggan mangkuk,pakaian yang perlu dicuci. Tetapi,itu menandakan kita sebenarnya memiliki semua itu untuk digunakan.

Untuk pagi-pagi yang selalu dikejutkan dengan jam loceng, kita merungut kemalasan. Tetapi Itu menandakan kita sebenarnya diberi kesempatan untuk mengharungi hari sekali lagi.

Ya Allah, sungguh banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, ” Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”
(Ibrahim:7)

Dan sebenarnya, Allah menguji kita dengan pelbagai cara. Setiap nikmat yang Allah berikan itu juga adalah ujian bagi kita. Pancaindera, rumah, pakaian, keluarga, kewangan, mahupun pekerjaan adalah sebahagian nikmat yang kita perolehi seharian. Ada diantara kita yang sedar dan tahu,tetapi ada juga yang tidak.

Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku”. Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
( Az-Zumar:49)

Sebagai manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Sentiasa merungut dan mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancangNya.

Beryukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan. Tidak semua nikmat yang kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi dan Allah boleh menrik nikmat itu bila-bila masa sahaja.

Jika tidak dapat apa yang kita suka,belajarlah menerima apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

sumber: ebit lew via  otai viral via petua dan respi bonda

Semua Duit Saya Dah Dalam Tank Motor. Apa Tindakan Pegawai JPJ Ini Selepas Itu Sangat Mengejutkan Semua Duit Saya Dah Dalam Tank Motor. Apa Tindakan Pegawai JPJ Ini Selepas Itu Sangat Mengejutkan Reviewed by Admin on Julai 10, 2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.